The Effect of Cassava Leaves Extract on Pharmacokinetics Profile of Rutin Plasma
Nugrahaningsih, WH (2019) The Effect of Cassava Leaves Extract on Pharmacokinetics Profile of Rutin Plasma. Sains Malaysiana, 48 (1). pp. 1707-1712. ISSN 0126-6039
PDF
Download (574kB) |
|
PDF (Uji Turnitin)
Download (1MB) |
|
PDF (Peer Review)
Download (648kB) |
|
PDF (Korespondensi Sains Malaysia)
Download (1MB) |
|
PDF (Perbaikan PAK)
Download (234kB) |
Abstract
Daun ubi kayu digunakan sebagai ubat secara tradisi untuk merawat kurap, tumor, abses, konjunktivitis, luka, sakit kepala, penyakit sendi dan demam di beberapa negara. Kajian fitokimia mendedahkan flavonoid dan rutin konstituen daun ubi kayu memberikan keperluan untuk data mengenai keselamatan, keberkesanan, ketoksikan dan farmakokinetik untuk penggunaannya sebagai ubat herba. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat parameter farmakokinetik Rutin dalam plasma tikus, selepas pemberian oral ekstrak daun ubi kayu. Petunjuk farmakokinetik untuk penyerapan adalah (Cmax, t max, dan AUC0-24h), manakala penghapusan adalah (Ke dan t1/2). Sejumlah 14 tikus Wistar jantan yang sihat dibahagikan kepada 7 kumpulan (setiap kumpulan dengan 2 tikus), dan seterusnya satu dos (600 mg) ekstrak daun ubi kayu diberikan secara oral. Sampel darah tikus wistar dikumpulkan dan dipisahkan pada jarak masa berlainan (0; 0.5; 1; 2; 4; 6; 12; dan 24 jam). Menggunakan kaedah HPLC-UV-VIS, plasma yang dihasilkan dianalisis untuk kepekatan rutin. Analisis itu menunjukkan kepekatan Rutin pada 0 mg/mL (0 jam), 0.151 mg/mL (0.5 jam), 0.176 mg/mL (1 jam), 0.18 mg/mL (2 jam), 0.184 mg/mL (4 jam), 0.163 mg/mL (6 jam), 0.15 mg/mL (12 jam) dan 0.1225 mg/mL (24 jam). Parameter farmakokinetik utama adalah; Cmax 0.184 mg/mL mencatatkan 4 jam (tmax) selepas pemberian oral; AUC0-24 adalah 3.583 mg jam/mL dan t1/2 adalah 94.54 jam. Kajian itu menyimpulkan bahawa Rutin daun daun ubi kayu, mencapai kepekatan maksimum dalam masa 4 jam selepas pengambilan secara oral dan berada di dalam plasma selama lebih dari 24 jam. Oleh itu, disarankan untuk mengambil ekstrak daun ubi kayu sebagai ubat herba, hanya sekali sehari.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ekstrak daun ubi kayu; farmakokinetik; flavonoid; penyerapan |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301 Biology |
Fakultas: | Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam > Biologi, S1 |
Depositing User: | dina nurcahyani perpus |
Date Deposited: | 11 Nov 2021 05:15 |
Last Modified: | 16 Sep 2022 04:36 |
URI: | http://lib.unnes.ac.id/id/eprint/47526 |
Actions (login required)
View Item |